Friday, June 5, 2009

Rahsia Kehebatan Starbucks








Rahsia kejayaan Starbucks bukan hanya kerana ia berada di setiap persimpangan jalan tetapi ada beberapa faktor lagi yang menyebabkan ia menjadi tumpuan pengunjung. Starbuck merupakan rangkaian kedai kopi yang terbesar di dunia, mencecah jualan $7.8 billion dalam tahun 2006, dengan 40 juta pelanggan dan memiliki lebih 13,000 outlet di seluruh dunia. Ada beberapa faktor lain yang menyebabkan Starbucks sangat menjadi tumpuan pelanggannya:-

1 ) Menawarkan produk yang disukai pelanggan - Starbucks telah membuktikan bahawa pembeli menyukai minuman manis. Kopinya dihidangkan dengan coklat , kekacang dan krim seperti Toffee Nut Latte atau Caramel Macchiato. Ia juga membuktikan pengunjung menyukai "pencuci mulut" yang diletakkan bersama kopi.

2) Konsisten - Pelanggan tahu ke mana mereka pergi samada di New York, Malaysia atau Tokyo, rasa kopi tetap sama. Kualitinya sama walaupun mereka berada di kawasan berlainan.

3) Memahami nilai ekonomi perniagaan - Starbucks tidak mahu hanya menjual kopi, harganya terlalu murah tetapi ia menawarkan kopi yang enak, lemak dan manis ,yang memberi pulangan lumayan.

4) Berfikir di luar kotak - Starbucks bukan hanya menjual kopi tetapi ia menjadi satu tempat yang mana para pengunjung boleh membeli CD atau merakam lagu-lagu kegemaran. Ia juga menawarkan perkhidmatan internet dan berharap pengunjung duduk lebih lama di outlet mereka. Makin banyak kopi yang dapat dijual!

Oleh kerana produk yang dijual menepati citarasa pengunjung, Starbucks dapat mengekalkan kegemilangan jenamanya. Suasana outlet yang selesa menyebabkan ramai yang suka berehat di situ atau mengadakan perjumpaan singkat.

Thursday, May 28, 2009

Rahsia Kehebatan IKEA

Sejarah IKEA bermula di sebuah pekan kecil, Agunnaryd, Sweden apabila pengasasnya, Ingvar Kamprad berusia 17 tahun pada 1943. Ayahnya telah menghadiahkan sejumlah wang kerana kecemerlangannya di dalam pelajarannya. Dia menggunakan wang itu untuk memulakan perniagaan. IKEA diambil sempena nama singkatan pengasasnya, (IK), Elmtaryd (E),ladang tempat dia membesar manakala Agunnaryd (A) merupakan nama kampungnya.










Pada mulanya, IKEA menjual pen, dompet, bingkasi gambar, jam dan pelbagai produk yang digunakan untuk mesyuarat pada harga yang sangat rendah. Ingvar mula mengiklankan produknya melalui akhbar dan melalui pesanan pos. Sambutannya amat menggalakkan dan produk yang dibuat oleh pengeluar tempatan mendapat sambutan positif. Sehingga kini IKEA beroperasi di 36 buah negara dan ia merupakan peruncit perabot yang bertahan lama dan disukai ramai. Apakah rahsia kehebatan IKEA?

1) Rekabentuk stor yang memberikan pengunjung laluan yang lancar

2) Sentiasa memeriksa dan menambahbaik kaedah operasi

3) Sentiasa menambah stok supaya produk sentiasa ada

4) Sentiasa menjaga kebersihan dan keselamatan gudang

5) Pelanggan senang memilih perabot kerana nombor kod diberikan kepada setiap item. Para pelanggan diberikan sebatang pensil dan sekeping kertas untuk mencatat perabot yang diingini. Terdapat maklumat lengkap seperti negara pengeluar, bahan yang digunakan dan warna yang boleh didapati.

6) Produk yang dijual boleh dilipat dan dipasang sendiri oleh pelanggan. Produk disusun dengan praktikal dan keselamatan pengunjung dipastikan. Pelanggan mengambil sendiri item yang telah dicatatkan

7) Ibubapa boleh meninggalkan anak-anak di kawasan permainan yang disediakan dengan selamat. Juga disediakan kafetaria dengan harga berpatutan.

8) Pekerja yang sentiasa tersenyum dan bersedia membantu apabila diperlukan. Setiap pekerja digalakkan menyumbang idea untuk perkembangan perniagaan IKEA.
Semoga maklumat ini menjadi panduan kepada usahawan untuk menambahbaik operasi perniagaan. Kesejahteraan pelanggan perlu dititikberatkan supaya kualiti sentiasa terserlah.









Tuesday, May 26, 2009

Rahsia Kehebatan Chef Wan



Mak Senah oii! Mak Joyah oii!
Siapa yang tidak mengenali Chef Wan? Chef yang terkenal dengan mulut becok dan suka berlawak. Seorang akauntan yang beralih arah ke bidang masakan, kini menjadi chef yang diiktiraf antarabangsa. Buku-buku tulisan beliau dan rancangan televisyen pasti mendapat sambutan hangat. Mari kita lihat apakah rahsia kehebatan Chef Wan hasil dari pemerhatian?


1. Kemahiran komunikasi-Chef Wan sangat bijak berkomunikasi dengan pelbagai peringkat peminat. Beliau banyak menggunakan humor untuk menarik perhatian peminatnya.

2. Resepi yang mudah- pelbagai resepi yang ditunjukkan kepada penonton merupakan resepi mudah untuk disediakan. Semua peringkat usia boleh mencuba resepi yang diberikan kerana ianya mudah dan ringkas.

3. Resepi sihat - masakan yang disediakan mengambilkira khasiat pemakanan dan resepi bertujuan menjaga kesihatan. Beliau selalu memberi tips dan ingatan untuk makan makanan berkhasiat khususnya kepada mereka yang berumur.

4. Mahir dalam promosi- Chef Wan mahir di dalam mempromosikan masakan Melayu di peringkat antarabangsa

5. Hormat orangtua- keprihatinan beliau terhadap keluarganya tidak dapat dinafikan. Menjaga kebajikan orangtua adalan jalan membuka rezeki. Allah menjanjikan rezeki yang murah apabila seseorang menjaga kebajikan ibubapa.

Semoga kisah kehebatan Chef Wan dapat menjadi panduan untuk usahawan di dalam bidang ini lebih berjaya dan cemerlang.

Rahsia Kehebatan HPA (Herba Penawar Al Wahida)

Mai Secawan!

Kata-kata ini sangat sinonim dengan HPA yang mengeluarkan kopi radix. Kejayaan HPA menamba t hati pengguna dengan minuman kopi radix tidak dapat disangkal lagi. Oleh kerana sambutan yang sangat menggalakkan, ada pihak yang tidak bertanggungjawab mengeluarkan kopi radix palsu sehingga menjejaskan nama baik HPA. HPA yang diasaskan Tn. Hj. ismail semenjak tahun 1987 berkembang sangat pesat. Antara produk-produk yang dikeluarkan ialah minyak herba but-but, teh kacip fatimah, herba pelawas dan kosmetik berasaskan pegaga.Apakah rahsia kejayaan beliau?

1. Memiliki ijazah muda sains (botani) - resepi herba diwarisi dari orang tuanya dan beliau meneruskan pengajian di dalam bidang berkaitan. Beliau membuat kajian dan ramuan sangat sesuai untuk digunakan. Datuk beliau merupakan seorang pakar herba dari Perlis.

2. Proses pembuatan produk bersih dan suci- setiap pekerja perlu mengambil wudhu' sebelum memulakan kerja. Ini bertujuan mendapatkan keberkatan dari Allah swt. Setiap pagi (pukul 10.00 pagi), pekerja menunaikan solat dhuha secara berjemaah dan diikuti tazkirah ringkas.

3. Harga produk berpatutan- produk dijual dengan harga mampu milik. Kesan penggunaannya juga amat baik

4. Produk sampingan- selain memasarkan produk berasaskan herba dan madu, produk-produk sampingan ditawarkan seperti kursus perubatan herba, bekam, akupuntur dan refleksologi. Ini membolehkan para pengguna mendapat ilmu tambahan di dalam perubatan yang diamalkan Rasulullah saw.

5. Produk halal- tiada keraguan di hati para pengguna untuk menggunakan produk HPA kerana status halal dari pihak JAKIM.
6. Semua produk HPA mendapat kelulusan daripada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK), Kementerian Kesihatan Malaysia.
7. Setiap bulan, HPA menginfakkan sebahagian daripada keuntungan syarikat kepada sekolah agama, sekolah tahfiz dan rumah anak yatim.
9. Pelan pemasaran yang tidak bertentangan dengan syarak (telah disemak oleh panel ulama’) – adil, tiada keraguan dan tiada perangkap.
Alangkah besarnya jasa dan pengorbanan Tn. Hj. Ismail di dalam membantu umat Islam diseluruh dunia untuk mendapatkan produk perubatan yang halal. Kejayaan beliau adalah kerana sifat kesederhanaan dan rendah hati serta tawakkal kepada Allah. Tambahan pula dengan amalan bersedekah yang diamalkan. Semoga HPA terus berada di pasaran dunia.



Thursday, May 21, 2009

RAHSIA KEJAYAAN OPRAH WINFREY




Oprah Winfrey, di dalam satu artikel ( diolah dari http://evancarmichael.com/) menyatakan kejayaannya bukanlah mudah. Setiap kejayaan pasti disulami pelbagai cubaan dan dugaan. Dilahirkan pada Januari 1954 di Kosciusko, Mississippi dan dibesarkan oleh neneknya. Di situlah timbulnya inspirasi gadis itu di dalam bidang penyiaran. Neneknya sentiasa memberi semangat kepadanya untuk membaca sekuatnya di dalam gereja.

Semenjak itulah dia meneruskan minatnya itu sehinggalah dia dihantar kepada ibunya. Namun disitu jugalah dia didera dan dibuli saudara-maranya sehingga dia melarikan diri dan ditahan di pusat pemulihan remaja. Selepas itu dia diserahkan kepada ayahnya di Nashville yang merupakan seorang usahawan. Ayahnya sangat garang dan mengarah Oprah menulis laporan berkenaan buku-buku yang dibacanya setiap minggu. Semasa di universiti, dia banyak bekerja di stesen televisyen secara sambilan.

Dengan penuh kepayahan dia berjaya meniti tangga kejayaan dan menjadi warga Afrika-Amerika yang terkaya pada abad ke 20 ini. Pada masa ini dia menggunakan kekayaannya untuk siarannya “Oprah Winfrey Show” dan membiayai kebajikan seluruh dunia termasuk persekolahan kanak-kanak perempuan di Afrika Selatan. Apakah rahsia kejayaannya?

1. Fokus kepada matlamat – kata Oprah, “Anda adalah apa yang anda percaya.” Dia memfokuskan kariernya di dalam bidang penyiaran yang diminatinya. Di dalam setiap rancangannya, dia mencipta kelainan.

2. Keupayaan mengatasi kesusahan – Pada waktu kecil, dia sangat menderita dan dari situlah dia mempelajari setiap kepayahan perlu diatasi dengan pelbagai cara. Dengan pengalamannya itu, dia berjaya mengatasi kepayahan di dalam bidang penyiaran

3. Keupayaan mengenalpasti dan menggunakan peluang – “Saya tidak mempercayai satu kebetulan,” kata Oprah. Daripada rancangan bual bicara, berlakon dan menggunakan internet untuk mengenalkan syarikatnya, dia mendengar kata hatinya untuk terus menceburkan diri dalam pelbagai perniagaan.

4. Bertanggungjawab kepada orang lain – Dia banyak terlibat di dalam kebajikan masyarakat di seluruh dunia. Dia percaya tanpa peminatnya, dia tidak akan berjaya sedemikian rupa.

5. Mengikut minat – Semenjak dia menyedari dirinya begitu berminat di dalam bidang penyiaran, dia menggunakan seluruh tenaganya untuk berjaya di dalam bidang itu. Dia sangat suka berkomunikasi dengan orangramai.

Sehingga kini, dia masih meneruskan usaha mengatasi penderaan dan kemiskinan. Oprah kini menjadi seorang yang sangat berpengaruh, dihormati, dikagumi dan sangat berjaya.

Pengajaran: Sebagai usahawan muslim, sifat kesederhanaan dan suka bersedekah menyebabkan Allah terus memberkati rezeki. Kekayaan akan terus bertambah dan ingatlah, setiap pemberian tidak menyebabkan kepapaan malah sebaliknya. Kisah di atas dapat memberi inspirasi buat usahawan untuk terus berjaya.









Monday, May 18, 2009

Rahsia Kehebatan George Lucas



Lights. Camera, Action!


STAR WARS..... INDIANA JONES



Siapa yang tidak mengenali Luke Skywalker? R2D2? Indiana Jones?

Karekter yang dicipta oleh George Lucas menjadi kegilaan ramai. Lucas, dilahirkan pada Mei 14, 1944 di California dan dibesarkan di ladang walnut tanpa telecisyen sehingga berumur 11 tahun. Sangat menyukai kereta dan bercita-cita menjadi pemandu profesional kereta lumba. Namun apabila dia bertemu dengan mentornya, Francis Ford Coppola, dia mula beralih arah ke bidang perfileman.

Apakah yang menjadi Lucas sangat dikagumi ramai? Apakah rahsianya? Dia membuka rahsianya.

1) Membuat sesuatu mengikut minat

2) Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan diri

3) Tidak mengindahkan kritik tetapi menerima kritikan membina. Tidak peduli apa yang dikata orang

4) Berfikiran kreatif

5) Suka membantu orang lain sehingga mewujudkan Yayasan Pendidikan George Lucas.

Dia berpegang dengan kata-kata, " Anda boleh jadi terkenal dan kaya, juga berpengaruh tetapi itu tidak menjanjikan kegembiraan dan kebahagiaan." Oleh kerana itulah beliau mewujudkan sebuah yayasan untuk membantu orang lain kerana itu merupakan kebahagiaan dalam hidupnya.

Dari kisah singkat ini, kita boleh simpulkan bahawa kekayaan bukan milik kita seorang. Sebab itulah di dalam hadis Nabi saw ada menyatakan di dalam harta kita ada hak orang lain. Jadi segeralah bersedekah supaya harta kita diberkati Allah.

Wednesday, March 11, 2009

RAHSIA kehebatan Walt Disney- Siri 6





Pelaburan dalam Latihan & Pembangunan



Dua hari latihan merupakan tempoh latihan minima bagi setiap pekerja di Taman Tema Walt Disney. Pengasasnya memastikan setiap pekerja diasah bakatnya dan mempunyai matlamat kareer masing-masing. Oleh kerana itulah dia menubuhkan universiti korporatnya, Disney University pada tahun 1955. Setiap pekerja dilatih mengikut objektif yang ingin dicapai dan oleh itu setiap pekerja dilatih dengan cara yang berlainan. Latihan bermula pada hari pertama bekerja untuk semua pekerja baru.

Tidak kira apa pun jawatan, tukang sapu, pengawal ataupun pegawai, mereka dilatih supaya cemerlang di dalam bidang masing-masing. Ini supaya pengunjung akan mengalami pengalaman yang menakjubkan apabla dibantu wargakerja Taman Tema WD. Yang paling menarik adalah bahasa (terma) korporat yang diamalkan iaitu:

1) Pengunjung digelar tetamu, bukannya pelanggan
2) Pekerja digelar cast members
3) Tempat awam digelar "atas pentas"
4) Tempat awam yang tidak digunakan digelar pentas yang tidak digunakan
Oleh sebab itu, pernah seseorang bertanyakan tukang sapu di sana samada dia bekerja sebagai tukang sapu di sini? Lantas dia menjawab, "Saya adalah di dalam perniagaan pertunjukan (show business) dan saya adalah sebahagian daripadanya." Dari situ kita dapat simpulkan bahawa dia sangat menyayangi kerjanya kerana dia merasakan dia juga sedang membuat pertunjukan di atas pentas (tempat awam). Dia tidak menganggap dirinya tukang sapu. Begitu juga dengan pengawal keselamatan. Mereka menganggap mereka juga membuat pertunjukan disamping menjaga keselamatan para tetamu di taman tema itu.
Oleh itu pelaburan yang tinggi dalam latihan kepada pekerjanya memberikan hasil yang sangat memuaskan kepada WD. Dia mahukan pekerjanya sentiasa gembira dan dapat meningkatkan produktiviti taman tema itu.