Thursday, February 19, 2009

RAHSIA kehebatan Walt Disney- Siri 5

Meletakkan Pengharapan




Sudah menjadi lumrah, manusia selesa dengan perkara yang diketahuinya Walaupun kejutan kadang-kadang menggembirakan namun sekiranya kejutan yang menyusahkan tidak disenangi oleh seseorang. Contoh menunggu buah yang tidak gugur. Seperti di Taman Tema WD, mereka memahami karenah pengunjung-pengunjung. Oleh itu mereka meletakkan satu pengharapan buat para pengunjungnya.

Setiap pintu hadapan pusat-pusat tarikan orangramai, terdapat papantanda yang menunjukkan waktu menunggu iaitu berapa lama lagi pengunjung harus menunggu untuk sampai ke destinasi yang ditungg-tunggu. Oleh itu para pengunjung boleh membuat keputusan samada ingin ke tempat itu atau sebaliknya. Masa anda tidak terbuang begitu sahaja. Sebagai contoh sekiranya pengunjung ingin ke Space Mountain, anda perlu menunggu selama 90 minit lagi. Jadi pengunjung boleh memutuskan samada ingin pergi atau tidak.


Para pengunjung tidak peduli sangat sekiranya mereka tahu implikasi keputusan mereka. Walaupun masa yang dinyatakan untuk ke sesuatu destinasi lama namun kebiasaannya masa menunggu lebih singkat. Oleh itu maklumkan kepada pelanggan implikasi sesuatu urusniaga tetapi anda haruslah memberi cadangan penyelesaian kepada mereka. Dan biasakan pengharapan mereka kepada kita akan dipenuhi. Inilah rahsia kehebatan taman tema WD.

Monday, February 9, 2009

RAHSIA Kehebatan Walt Disney - Siri 4








DENGAR DAN BERTINDAK..


Kebanyakan orang, kunjungan ke Taman Tema WD merupakan pengalaman yang sangat berharga untuk seumur hidup. Kanak-kanak khususnya bermimpi, berangan-angan untuk menjejakkan kaki ke Disneyland, satu wilayah AJAIB. Oleh itu harapan sangat menggunung tinggi untuk berjumpa Mickey Mouse, Snow White, Cinderella dan lain-lain lagi. Satu tabiat Disney ialah memastikan jenama mereka sentiasa berjaya dan apakah caranya? Mereka dengar dan bertindak. Mereka sentiasa mendengar komen dan aduan dan serta-merta bertindak. Bukan suatu perkara asing sekiranya anda beberapa kali ditahan oleh krew WD untuk terlibat dalam kajian soalselidik.

Sebagai contoh, kanak-kanak tiba di taman tema WD dan matlamat utama adalah untuk berjumpa Mickey Mouse. Inilah impian mereka bertahun-tahun lamanya. Namun kadang-kadang peluang itu tidak tercapai. Jika bernasib baik, mereka dapat berjumpa Mickey Mouse semasa menandatangani otograf. Apabila impian mereka tidak tercapai, semestinya mereka kecewa. Mereka tidak dapat memeluk ikon kesayangan mereka.
Ibubapa mengadu kepada krew WD dan bandar Toon telah direka khusus. Satu kawasan baru yang menempatkan rumah Mickey dan Minnie. Mickey dan Minnie menunggu kunjungan kanak-kanak di rumah mereka dan sekarang pengunjung tidak meninggalkan taman tema WD dengan perasaan kecewa lagi. Mereka boleh melihat istana Cinderella, rumah Mickey dan pelbagai keajaiban lagi. Justeru itu, usahawan perlu bertindak segera sekiranya aduan pelanggan merupakan kaedah peningkatan ekuti jenama anda.





Sunday, February 8, 2009

RAHSIA kehebatan Walt Disney- Siri 3
















MAKLUMAT LENGKAP
DI saat anda melangkahkan kaki ke Taman Tema WD, keajaiban pasti terserlah. Di sana anda akan lihat merata-rata "billboard" yang menunjukkan tempat-tempat menarik yang terbaru. Anda akan ditunjukkan arah seperti kota Cinderella, Toon Town dan bola gergasi.

Warna ungu yang digunakan di papantanda adalah cara penunjuk arah yang meninggalkan kenangan indah dan nikmat yang tidak dapat dilupakan. Mengapa WD tidak menggunakan papantanda yang biasa kita lihat di mana-mana? Inilah rahsianya. Maklumat penunjuk arah yang lengkap dan lain dari biasa menyebabkan pengunjung mengingati WD untuk tempoh yang lama. Oleh itu, sebagai usahawan anda gunakan sesuatu yang membuatkan pelanggan tidak mudah melupakan anda. Cubalah...






Saturday, February 7, 2009

RAHSIA kehebatan Walt Disney- Siri 2

KEUTAMAAN KEPADA PELANGGAN

Kisahnya bermula apabila guru sebuah sekolah menengah menelefon staf Walt Disney dan menyatakan hasrat untuk mengadakan rombongan. Salah satu program semasa rombongan, guru itu ingin mempersembahkan kehebatan band sekolahnya sebagai sumbangan kepada Walt Disney dan staf WD meminta guru itu menghantar demo tape sebelum permohonan diluluskan. Tidak lama kemudian kebenaran diberikan oleh WD kepada sekolah itu mengadakan rombongan dan membuat persembahan band disamping menerima borang tempahan tiket ke Taman Tema WD. Pelajar-pelajar sekolah membayar harga tiket dan kos yang terlibat semasa rombongan. Tentu sekali mereka pergi bersama-sama ahli keluarga!
Semasa berada di Taman Tema WD, band sekolah mempersembahkan kehebatan mereka disamping dapat menghiburkan para pengunjung di taman tema itu. Ahli rombongan pula membeli pelbagai cenderahati untuk dibawa pulang. Itulah hebatnya WD yang memberi keutamaan kepada pelanggannya. Untung berganda dan kenangan bersama pelanggan diutamakan. Oleh itu beri keutamaan terhadap permintaan pelanggan anda sekiranya sesuai untuk perniagaan anda.

Thursday, February 5, 2009

RAHSIA kehebatan Walt Disney- Siri 1

Kejutan..Kejutan

Kisahnya begini..Bayangkan anda sedang bersiar-siar di dalam taman tema Walt Disney, tiba-tiba anda ditegur atau disentuh bahu oleh seorang krew/ pekerja dan menawarkan agar MIMPI ANDA MENJADI KENYATAAN. Bayangkan, berjuta orang bermimpi sesuatu yang sangat istimewa dan anda dipilih. Anda sangat bertuah.

Anda tidak perlu menulis nama, nombor telefon, tiada pertandingan dan pelbagai macam lagi tetapi anda menerima hadiah dari Walt Disney. Sungguh menggembirakan. Inilah salah satu pengajaran yang kita boleh dapati iaitu kejutan untuk pelanggan yang sangat menyeronokkan hati pelanggan. Kejutan adalah satu inspirasi buat emosi pelanggan. Fikirkan.

Wednesday, February 4, 2009

Usahawan & Kemahiran


Kemahiran jualan dan pemasaran


  1. Fikirlah mulai sekarang bagaimana hendak menembusi pasaran sasaran yang memerlukan produk dan khidmat anda

  2. Sangat membantu sekiranya anda mempunyai kemahiran komunikasi lisan dan penulisan

  3. Anda perlu menulis artikel mengenai kebaikan produk anda di dalam akhbar, iklan dan sebuah cerita yang menarik berkaitan produk anda.

Tips yang sangat membantu meningkatkan jualan produk anda. Memang telah terbukti!