Monday, February 9, 2009

RAHSIA Kehebatan Walt Disney - Siri 4








DENGAR DAN BERTINDAK..


Kebanyakan orang, kunjungan ke Taman Tema WD merupakan pengalaman yang sangat berharga untuk seumur hidup. Kanak-kanak khususnya bermimpi, berangan-angan untuk menjejakkan kaki ke Disneyland, satu wilayah AJAIB. Oleh itu harapan sangat menggunung tinggi untuk berjumpa Mickey Mouse, Snow White, Cinderella dan lain-lain lagi. Satu tabiat Disney ialah memastikan jenama mereka sentiasa berjaya dan apakah caranya? Mereka dengar dan bertindak. Mereka sentiasa mendengar komen dan aduan dan serta-merta bertindak. Bukan suatu perkara asing sekiranya anda beberapa kali ditahan oleh krew WD untuk terlibat dalam kajian soalselidik.

Sebagai contoh, kanak-kanak tiba di taman tema WD dan matlamat utama adalah untuk berjumpa Mickey Mouse. Inilah impian mereka bertahun-tahun lamanya. Namun kadang-kadang peluang itu tidak tercapai. Jika bernasib baik, mereka dapat berjumpa Mickey Mouse semasa menandatangani otograf. Apabila impian mereka tidak tercapai, semestinya mereka kecewa. Mereka tidak dapat memeluk ikon kesayangan mereka.
Ibubapa mengadu kepada krew WD dan bandar Toon telah direka khusus. Satu kawasan baru yang menempatkan rumah Mickey dan Minnie. Mickey dan Minnie menunggu kunjungan kanak-kanak di rumah mereka dan sekarang pengunjung tidak meninggalkan taman tema WD dengan perasaan kecewa lagi. Mereka boleh melihat istana Cinderella, rumah Mickey dan pelbagai keajaiban lagi. Justeru itu, usahawan perlu bertindak segera sekiranya aduan pelanggan merupakan kaedah peningkatan ekuti jenama anda.





No comments:

Post a Comment