Friday, January 30, 2009

13 bidang kritikal


Usahawan bumiputera digalak ceburi 13 bidang kritikal
( Sumber Bernama 3.6.06) PASIR MAS 2 Jun


- Usahawan bumiputera digalakkan menceburi 13 bidang kritikal dan strategik kerana ia mampu memberi pulangan lumayan kepada negara dan usahawan itu sendiri.
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Khamsiyah Yeop berkata, bidang kritikal itu adalah sektor bioteknologi dan herba, makanan halal, pertanian moden, farmaseutikal, teknologi maklumat dan komunikasi, petrokimia, elektrik dan elektronik, automotif, pelancongan, pengangkutan, perkhidmatan, perundingan dan profesional, serta sektor aeroangkasa.
``Industri halal umpamanya, ia akan memberikan pulangan sebanyak AS$0.5 trilion sehingga AS$2.5 trilion setahun dan ini merupakan peluang keemasan,'' katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ekspo Perdagangan dan Keusahawanan Pasir Mas 2006 di sini, hari ini.
Sementara itu, Khamsiyah berkata kementerian tidak mahu koperasi menjalankan kegiatan seperti kaedah konvensional iaitu semata-mata mahu memberikan tumpuan pada kebajikan ahli semata-mata.
``Kita nak koperasi lebih mantap lagi iaitu ke arah keusahawanan dan bergerak bersama secara mantap dengan menggunakan modal ahli yang ada,'' katanya.
Khamsiyah juga berkata dengan tertubuhnya Suruhanjaya Koperasi tidak lama lagi, ia akan menjadikan koperasi yang ada di seluruh negara berdaya saing kerana kementerian menyediakan dua tabung untuk menggerakkan koperasi.

Sunday, January 18, 2009

Tips-tips hebat buat usahawan

Tips Membuat Keputusan Yang Berkesan












Kumpulan yang dianggotai puteri-puteri Kejuruteraan Elektrik ini, Fatin, Ermilya, Jennifer, Iffah, Hanum, Aisyah, Nani dan Yasmin.
Tagline: Kaedah-kaedah seperti 6 Thinking Hats, Pareto Analysis dan Decision Tree sangat baik buat usahawan. Rupa-rupanya banyak cara membuat keputusan yang sistematik.


Tips Menjual Yang Berkesan





Ringkas tetapi padat. Dengan gaya seperti salesman.
Kumpulan yang dianggotai Norsyamsul, Anuar, Hafrez, Nurfirdaus, Faizal, Khairul, Fadhil dan Amirul.

Tagline: Jadilah spt salesman yg membawa beg mengandungi produk-produk mahal dan murah kerana akhirnya pelanggan mesti beli produk murah itu. Pandai anak mak.

Tips Perundingan (Nego) Yang Berkesan












Kumpulan yg dianggotai Husni, Syafiq, Mustafa, Azlan, Hafizi, Ziffi, Hafiz dan Zulhilmi.
Tagline: Dlm perniagaan mesti ada sesuatu yg diingati pelanggan seperti "Mai Secawan- Kopi Radix HPA"
Apabila hendak pelanggan hendak beli kambing, tanya pelanggan berapa harga yang mampu atau ingin dibeli?? Bermakna kita boleh menyesuaikan harga pasaran dan harga yang diminta.



Tips Komunikasi Berkesan Buat Usahawan














Kumpulan yang dianggotai Azri, Nubhan, Nazrul, Azuandy, Azram, Hafizuddin, Zulfadhly dan Amir.

Tagline:Usahawan mesti cakap dgn jelas, dengar dgn teliti dan jgn berbisik apabila ingin menyampaikan maklumat. Sentuhan sangat bermakna apabila bersama pelanggan tetapi jgn bersentuhan lelaki dan perempuan. "Personal touching " memberi impak besar kepada pelanggan. Awas kump. Azri. Kena jelaskan kepada pendengar maksud sesuatu kalimah.


Dan yang paling penting...audien yg setia dan pendengar yang baik...




Paling penting USAHAWAN mesti selalu SENYUM...












Saturday, January 17, 2009

Tips Meningkatkan Tunai

Tunai ibarat darah. Kita memerlukan darah untuk terus hidup. Bgitu juga perniagaan anda memerlukan tunai. Tetapi bagaimana hendak meningkatkan jumlah tunai anda?

1. Secara agresif, anda mesti mengutip hutang dari penghutang anda
2. Berikan diskaun yang menarik sekiranya penghutang membayar hutang mereka dalam tempoh singkat.

Thursday, January 15, 2009

Hebatnya Kuasa Kad Perniagaan (Business Card)




Tips Kad Perniagaan yang berkesan

Kad perniagaan merupakan satu alat promosi yang mencerminkan personaliti dan imej perniagaan anda. Jangan fikir ia tidakpenting. Ia juga satu alat pengukur kejayaan dan kegagalan perniagaan anda.

Berikut adalah tips untuk anda merekacipta kad perniagaan yang menyampaikan misi perniagaan anda.

1. Menampakkan profesionalisma perniagaan
Rekaan kad seharusnya sesuai dengan jenis perniagaan yang dijalankan. Kreatif dan susun maklumat mengikut kepentingan dan sasaran pelanggan.

2. Gunakan kad yang bermutu tinggi
Hindarkan dari menggunakan kad yang terlalu nipis kerana ia adalah isyarat bahawa anda tidak begitu mementingkan kualiti dan memandang remeh terhadap kepentingan kad perniagaan. Beri kelainan supaya menarik minat bakal pelanggan anda, tidaksama seperti pesaing anda.

3. Gunakan kedua-dua belah muka kad perniagaan
Muka hadapan kad adalah maklumat utama yang ingin dipaparkan dan muka belakang adalah maklumat sokongan. Anda boleh penuhkan dengan kalendar, kad temu janji, maklumat produk, testimoni pelanggan, kata-kata inspirasi atau sebgai kuon istimewa. Walaupun kad perniagaan adalah kecil namun jangan bazirkan ruang yang ada.

4. Letakkan gambar anda
Ini merupakan satu taktik untuk menjalinkan hubungan profesional terutamanya jika anda terlibat dalam perniagaan hartanah dan kewangan yang memerlukan kepercayaan dan privasi. Kepercayaan merupakan satu kunci utama untuk keuntungan jangka panjang dan berada lama di dalam industri.

5. Jangan lupakan maklumat asas
Senaraikan maklumat asas seperti nama dan jawatan, nama dan alamat syarikat, nombor telefon dan faks. Ingat. Jangan letakkan melebihi satu nombor telefon kerana ia mengelirukan pelanggan anda. Semua maklumat itu mesti jelas.

6. Kad berwarna
Gunakan warna yang sesuai dengan jenis perniagaan anda. Pastikan warna yang digunakan menarik, tidak menyakitkan mata dan terlalu banyak jenis.

7. Kad berlainan untuk pelanggan berlainan
Anda perlu gunakan kad yang berlainan untuk pelanggan dari industri yang berlainan. Sebagai contoh, pemilik kedai bunga membuat kad untuk majlis perkahwinan dan kad yang lain untuk majlis pelancaran produk. Pelbagai jenis kad menunjukkan anda mampu memenuhi keinginan pelanggan anda. Kos yang lebih diperlukan namun anda akan menerima keuntungan dari pelbagai projek yang mungkin anda dapat.

8. Gunakan perkataan bersaiz besar.
Elakkan saiz perkataan yang memerlukan kanta pembesar.

9. "Angkat" diri anda
Beritahu kepada dunia bahawa perniagaan anda telah memenangi anugerah. Senaraikan anugerah dan pencapaian yang telah anda terima supaya pelanggan lebih yakin untuk berurusan dengan anda. Sekiranya anda memiliki ijazah kedoktoran, senaraikan kerana ia menunjukkan anda seorang yang berpengetahuan tinggi dan berpengalaman dalam bidang anda.

10. Jangan belanja berlebihan
Untuk membuat kad, anda tidak perlu belanja berlebihan. Buatlah sedikit kajian untuk mencari harga kad yang murah tetapi berkualiti tinggi. Tempahan adalah mengikut saiz perniagaan anda.

Diharapkan tips ini dapat membantu anda membina rangkaian perniagaan yang lebih luas dan meletakkan diri anda sebagai pilihan ramai pelanggan.


Tuesday, January 13, 2009

Letakkan gelas itu ke bawah...




Satu Cerita Buat Usahawan & Cabaran


Seorang profesor memulakan kuliahnya sambil memegang sebiji gelas yang berisi air. Dia memegang gelas itu untuk satu tempoh yang agak lama dan bertanya kepada para pelajarnya.

"Kamu semua rasa berapa berat gelas ini?" soal Profesor itu.
" 50g!..100g!...125g!" jawab beberapa anak muridnya.

"Saya juga tidak tahu melainkan saya perlu menimbangnya," balas Profesor.
"Namun soalan saya adalah apa yang akan terjadi sekiranya saya pegang gelas ini untuk beberapa minit?" soal Profesor lagi.


"Tidak ada apa-apa berlaku," jawab pelajarnya.
"Baiklah. Sekiranya saya pegang untuk beberapa jam?" tanya Profesor lagi.

"Lengan berasa sakit dan lenguh," kata pelajarnya.
" Bagaimana sekiranya saya pegang seharian?" pelajarnya mula hairan dengan soalan Pofesor.

" Tangan semakin sakit, kebas dan boleh lumpuh. Kena pergi hospitallah jawabnya," seloroh pelajarnya. Semua ketawa. Profesor juga tersenyum.
" Baiklah. Bijak kamu semua. Satu lagi soalan. Adakah berat gelas ini berubah?" satu lagi soalan dilemparkan.

"Tidak bukan. Timbangan tetap sama tetapi apa yang menyebabkan lengan dan otot lenguh? Sakit? Bagaimana kita hendak buat?" para pelajar semakin keliru.

"LETAKKAN GELAS ITU KE BAWAH," saran seorang pelajar.
"Tepat sekali. Masalah dalam hidup adalah seperti ini. Biarkan masalah itu sebentar di dalam kepala, masih tiada kesan. Ok," Profesor mula berkata.

"Memikirkan masalah itu lama-lama, kepala mula berasa sakit," semua pelajar terdiam. Semakin berminat mendengar penjelasan seterusnya.
"Semakin difikirkan, semakin sakit dan akhirnya kita tidak dapat melakukan apa-apa," kata Profesor.

"Sangat penting untuk kita memikirkan masalah dan cabaran yang menimpa tetapi yang paling penting adalah percaya dan yakin kepada Allah swt dan letakkan masalah itu ke tepi (masalah jgn disimpan) sebelum kita tidur. Cara itu, kita semua tidak mudah tertekan. Apabila kita bangun pagi, kita berasa segar dan kuat untuk menangani semua masalah yang mendatang. Oleh itu, setiap hari apabila awak meninggalkan kelas, ingatkan kawan-kawan, LETAKKAN GELAS ITU KE BAWAH dan tenangkan diri dengan meletakkan keyakinan kepada Yang Maha Kuasa. Seperti di dalam Al Quran, Surah AL Fath, " Dialah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang Mu'min supaya keimanan mereka bertambah". Begitulah apa yang dijelaskan Profesor itu untuk memberi semangat kepada para pelajarnya yang sudah tentu mempunyai masalah.

Ketenangan merupakan satu tanda keimanan yang tinggi dan kerunsingan merupakan satu isyarat iman yang lemah. Beritahu minda anda setiap hari sebelum tidur, " Wahai jiwa-jiwa yang tenang, kembalilah kepada Allah dengan hati yang puas lagi diredhaiNya. Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaKu dan masuklah ke dalam syurgaKu," firman Allah Surah Al Fajr.

Ingatlah Allah sentiasa bersama kita dan pulangkan kepadaNya kerana apa yang berlaku semua kehendaknya.
Oleh itu, para usahawan jangan gentar dengan cabaran kerana sebenarnya ia mematangkan kita dan mengajar sesuatu yang tidak kita ketahui. Selamat Maju Jaya, insyaallah.


Monday, January 12, 2009

Blog Buat Usahawan Muda







Epilog Buat Usahawan merupakan satu blog interaktif yang bertujuan membantu bakal-bakal usahawan mendapat tips praktikal di dalam menjalankan perniagaan. Cerita-cerita inspirasi buat usahawan akan dipaparkan dari masa kesemasa.

Permasalahan akan dibincangkan bersama supaya blog ini membantu usahawan yang menghadapi masalah dalam perniagaan.