Thursday, January 15, 2009

Hebatnya Kuasa Kad Perniagaan (Business Card)




Tips Kad Perniagaan yang berkesan

Kad perniagaan merupakan satu alat promosi yang mencerminkan personaliti dan imej perniagaan anda. Jangan fikir ia tidakpenting. Ia juga satu alat pengukur kejayaan dan kegagalan perniagaan anda.

Berikut adalah tips untuk anda merekacipta kad perniagaan yang menyampaikan misi perniagaan anda.

1. Menampakkan profesionalisma perniagaan
Rekaan kad seharusnya sesuai dengan jenis perniagaan yang dijalankan. Kreatif dan susun maklumat mengikut kepentingan dan sasaran pelanggan.

2. Gunakan kad yang bermutu tinggi
Hindarkan dari menggunakan kad yang terlalu nipis kerana ia adalah isyarat bahawa anda tidak begitu mementingkan kualiti dan memandang remeh terhadap kepentingan kad perniagaan. Beri kelainan supaya menarik minat bakal pelanggan anda, tidaksama seperti pesaing anda.

3. Gunakan kedua-dua belah muka kad perniagaan
Muka hadapan kad adalah maklumat utama yang ingin dipaparkan dan muka belakang adalah maklumat sokongan. Anda boleh penuhkan dengan kalendar, kad temu janji, maklumat produk, testimoni pelanggan, kata-kata inspirasi atau sebgai kuon istimewa. Walaupun kad perniagaan adalah kecil namun jangan bazirkan ruang yang ada.

4. Letakkan gambar anda
Ini merupakan satu taktik untuk menjalinkan hubungan profesional terutamanya jika anda terlibat dalam perniagaan hartanah dan kewangan yang memerlukan kepercayaan dan privasi. Kepercayaan merupakan satu kunci utama untuk keuntungan jangka panjang dan berada lama di dalam industri.

5. Jangan lupakan maklumat asas
Senaraikan maklumat asas seperti nama dan jawatan, nama dan alamat syarikat, nombor telefon dan faks. Ingat. Jangan letakkan melebihi satu nombor telefon kerana ia mengelirukan pelanggan anda. Semua maklumat itu mesti jelas.

6. Kad berwarna
Gunakan warna yang sesuai dengan jenis perniagaan anda. Pastikan warna yang digunakan menarik, tidak menyakitkan mata dan terlalu banyak jenis.

7. Kad berlainan untuk pelanggan berlainan
Anda perlu gunakan kad yang berlainan untuk pelanggan dari industri yang berlainan. Sebagai contoh, pemilik kedai bunga membuat kad untuk majlis perkahwinan dan kad yang lain untuk majlis pelancaran produk. Pelbagai jenis kad menunjukkan anda mampu memenuhi keinginan pelanggan anda. Kos yang lebih diperlukan namun anda akan menerima keuntungan dari pelbagai projek yang mungkin anda dapat.

8. Gunakan perkataan bersaiz besar.
Elakkan saiz perkataan yang memerlukan kanta pembesar.

9. "Angkat" diri anda
Beritahu kepada dunia bahawa perniagaan anda telah memenangi anugerah. Senaraikan anugerah dan pencapaian yang telah anda terima supaya pelanggan lebih yakin untuk berurusan dengan anda. Sekiranya anda memiliki ijazah kedoktoran, senaraikan kerana ia menunjukkan anda seorang yang berpengetahuan tinggi dan berpengalaman dalam bidang anda.

10. Jangan belanja berlebihan
Untuk membuat kad, anda tidak perlu belanja berlebihan. Buatlah sedikit kajian untuk mencari harga kad yang murah tetapi berkualiti tinggi. Tempahan adalah mengikut saiz perniagaan anda.

Diharapkan tips ini dapat membantu anda membina rangkaian perniagaan yang lebih luas dan meletakkan diri anda sebagai pilihan ramai pelanggan.


1 comment: