Satu Cerita Buat Usahawan & Cabaran
Seorang profesor memulakan kuliahnya sambil memegang sebiji gelas yang berisi air. Dia memegang gelas itu untuk satu tempoh yang agak lama dan bertanya kepada para pelajarnya.
"Kamu semua rasa berapa berat gelas ini?" soal Profesor itu.
" 50g!..100g!...125g!" jawab beberapa anak muridnya.
"Saya juga tidak tahu melainkan saya perlu menimbangnya," balas Profesor.
"Namun soalan saya adalah apa yang akan terjadi sekiranya saya pegang gelas ini untuk beberapa minit?" soal Profesor lagi.
"Tidak ada apa-apa berlaku," jawab pelajarnya.
"Baiklah. Sekiranya saya pegang untuk beberapa jam?" tanya Profesor lagi.
"Lengan berasa sakit dan lenguh," kata pelajarnya.
" Bagaimana sekiranya saya pegang seharian?" pelajarnya mula hairan dengan soalan Pofesor.
" Tangan semakin sakit, kebas dan boleh lumpuh. Kena pergi hospitallah jawabnya," seloroh pelajarnya. Semua ketawa. Profesor juga tersenyum.
" Baiklah. Bijak kamu semua. Satu lagi soalan. Adakah berat gelas ini berubah?" satu lagi soalan dilemparkan.
"Tidak bukan. Timbangan tetap sama tetapi apa yang menyebabkan lengan dan otot lenguh? Sakit? Bagaimana kita hendak buat?" para pelajar semakin keliru.
"LETAKKAN GELAS ITU KE BAWAH," saran seorang pelajar.
"Tepat sekali. Masalah dalam hidup adalah seperti ini. Biarkan masalah itu sebentar di dalam kepala, masih tiada kesan. Ok," Profesor mula berkata.
"Memikirkan masalah itu lama-lama, kepala mula berasa sakit," semua pelajar terdiam. Semakin berminat mendengar penjelasan seterusnya.
"Semakin difikirkan, semakin sakit dan akhirnya kita tidak dapat melakukan apa-apa," kata Profesor.
"Sangat penting untuk kita memikirkan masalah dan cabaran yang menimpa tetapi yang paling penting adalah percaya dan yakin kepada Allah swt dan letakkan masalah itu ke tepi (masalah jgn disimpan) sebelum kita tidur. Cara itu, kita semua tidak mudah tertekan. Apabila kita bangun pagi, kita berasa segar dan kuat untuk menangani semua masalah yang mendatang. Oleh itu, setiap hari apabila awak meninggalkan kelas, ingatkan kawan-kawan, LETAKKAN GELAS ITU KE BAWAH dan tenangkan diri dengan meletakkan keyakinan kepada Yang Maha Kuasa. Seperti di dalam Al Quran, Surah AL Fath, " Dialah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang Mu'min supaya keimanan mereka bertambah". Begitulah apa yang dijelaskan Profesor itu untuk memberi semangat kepada para pelajarnya yang sudah tentu mempunyai masalah.
Ketenangan merupakan satu tanda keimanan yang tinggi dan kerunsingan merupakan satu isyarat iman yang lemah. Beritahu minda anda setiap hari sebelum tidur, " Wahai jiwa-jiwa yang tenang, kembalilah kepada Allah dengan hati yang puas lagi diredhaiNya. Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaKu dan masuklah ke dalam syurgaKu," firman Allah Surah Al Fajr.
Ingatlah Allah sentiasa bersama kita dan pulangkan kepadaNya kerana apa yang berlaku semua kehendaknya.
Oleh itu, para usahawan jangan gentar dengan cabaran kerana sebenarnya ia mematangkan kita dan mengajar sesuatu yang tidak kita ketahui. Selamat Maju Jaya, insyaallah.
No comments:
Post a Comment