Wednesday, March 11, 2009

RAHSIA kehebatan Walt Disney- Siri 6





Pelaburan dalam Latihan & Pembangunan



Dua hari latihan merupakan tempoh latihan minima bagi setiap pekerja di Taman Tema Walt Disney. Pengasasnya memastikan setiap pekerja diasah bakatnya dan mempunyai matlamat kareer masing-masing. Oleh kerana itulah dia menubuhkan universiti korporatnya, Disney University pada tahun 1955. Setiap pekerja dilatih mengikut objektif yang ingin dicapai dan oleh itu setiap pekerja dilatih dengan cara yang berlainan. Latihan bermula pada hari pertama bekerja untuk semua pekerja baru.

Tidak kira apa pun jawatan, tukang sapu, pengawal ataupun pegawai, mereka dilatih supaya cemerlang di dalam bidang masing-masing. Ini supaya pengunjung akan mengalami pengalaman yang menakjubkan apabla dibantu wargakerja Taman Tema WD. Yang paling menarik adalah bahasa (terma) korporat yang diamalkan iaitu:

1) Pengunjung digelar tetamu, bukannya pelanggan
2) Pekerja digelar cast members
3) Tempat awam digelar "atas pentas"
4) Tempat awam yang tidak digunakan digelar pentas yang tidak digunakan
Oleh sebab itu, pernah seseorang bertanyakan tukang sapu di sana samada dia bekerja sebagai tukang sapu di sini? Lantas dia menjawab, "Saya adalah di dalam perniagaan pertunjukan (show business) dan saya adalah sebahagian daripadanya." Dari situ kita dapat simpulkan bahawa dia sangat menyayangi kerjanya kerana dia merasakan dia juga sedang membuat pertunjukan di atas pentas (tempat awam). Dia tidak menganggap dirinya tukang sapu. Begitu juga dengan pengawal keselamatan. Mereka menganggap mereka juga membuat pertunjukan disamping menjaga keselamatan para tetamu di taman tema itu.
Oleh itu pelaburan yang tinggi dalam latihan kepada pekerjanya memberikan hasil yang sangat memuaskan kepada WD. Dia mahukan pekerjanya sentiasa gembira dan dapat meningkatkan produktiviti taman tema itu.

No comments:

Post a Comment