Thursday, May 28, 2009

Rahsia Kehebatan IKEA

Sejarah IKEA bermula di sebuah pekan kecil, Agunnaryd, Sweden apabila pengasasnya, Ingvar Kamprad berusia 17 tahun pada 1943. Ayahnya telah menghadiahkan sejumlah wang kerana kecemerlangannya di dalam pelajarannya. Dia menggunakan wang itu untuk memulakan perniagaan. IKEA diambil sempena nama singkatan pengasasnya, (IK), Elmtaryd (E),ladang tempat dia membesar manakala Agunnaryd (A) merupakan nama kampungnya.










Pada mulanya, IKEA menjual pen, dompet, bingkasi gambar, jam dan pelbagai produk yang digunakan untuk mesyuarat pada harga yang sangat rendah. Ingvar mula mengiklankan produknya melalui akhbar dan melalui pesanan pos. Sambutannya amat menggalakkan dan produk yang dibuat oleh pengeluar tempatan mendapat sambutan positif. Sehingga kini IKEA beroperasi di 36 buah negara dan ia merupakan peruncit perabot yang bertahan lama dan disukai ramai. Apakah rahsia kehebatan IKEA?

1) Rekabentuk stor yang memberikan pengunjung laluan yang lancar

2) Sentiasa memeriksa dan menambahbaik kaedah operasi

3) Sentiasa menambah stok supaya produk sentiasa ada

4) Sentiasa menjaga kebersihan dan keselamatan gudang

5) Pelanggan senang memilih perabot kerana nombor kod diberikan kepada setiap item. Para pelanggan diberikan sebatang pensil dan sekeping kertas untuk mencatat perabot yang diingini. Terdapat maklumat lengkap seperti negara pengeluar, bahan yang digunakan dan warna yang boleh didapati.

6) Produk yang dijual boleh dilipat dan dipasang sendiri oleh pelanggan. Produk disusun dengan praktikal dan keselamatan pengunjung dipastikan. Pelanggan mengambil sendiri item yang telah dicatatkan

7) Ibubapa boleh meninggalkan anak-anak di kawasan permainan yang disediakan dengan selamat. Juga disediakan kafetaria dengan harga berpatutan.

8) Pekerja yang sentiasa tersenyum dan bersedia membantu apabila diperlukan. Setiap pekerja digalakkan menyumbang idea untuk perkembangan perniagaan IKEA.
Semoga maklumat ini menjadi panduan kepada usahawan untuk menambahbaik operasi perniagaan. Kesejahteraan pelanggan perlu dititikberatkan supaya kualiti sentiasa terserlah.









No comments:

Post a Comment