Tuesday, May 26, 2009

Rahsia Kehebatan Chef Wan



Mak Senah oii! Mak Joyah oii!
Siapa yang tidak mengenali Chef Wan? Chef yang terkenal dengan mulut becok dan suka berlawak. Seorang akauntan yang beralih arah ke bidang masakan, kini menjadi chef yang diiktiraf antarabangsa. Buku-buku tulisan beliau dan rancangan televisyen pasti mendapat sambutan hangat. Mari kita lihat apakah rahsia kehebatan Chef Wan hasil dari pemerhatian?


1. Kemahiran komunikasi-Chef Wan sangat bijak berkomunikasi dengan pelbagai peringkat peminat. Beliau banyak menggunakan humor untuk menarik perhatian peminatnya.

2. Resepi yang mudah- pelbagai resepi yang ditunjukkan kepada penonton merupakan resepi mudah untuk disediakan. Semua peringkat usia boleh mencuba resepi yang diberikan kerana ianya mudah dan ringkas.

3. Resepi sihat - masakan yang disediakan mengambilkira khasiat pemakanan dan resepi bertujuan menjaga kesihatan. Beliau selalu memberi tips dan ingatan untuk makan makanan berkhasiat khususnya kepada mereka yang berumur.

4. Mahir dalam promosi- Chef Wan mahir di dalam mempromosikan masakan Melayu di peringkat antarabangsa

5. Hormat orangtua- keprihatinan beliau terhadap keluarganya tidak dapat dinafikan. Menjaga kebajikan orangtua adalan jalan membuka rezeki. Allah menjanjikan rezeki yang murah apabila seseorang menjaga kebajikan ibubapa.

Semoga kisah kehebatan Chef Wan dapat menjadi panduan untuk usahawan di dalam bidang ini lebih berjaya dan cemerlang.

No comments:

Post a Comment