Friday, June 5, 2009

Rahsia Kehebatan Starbucks








Rahsia kejayaan Starbucks bukan hanya kerana ia berada di setiap persimpangan jalan tetapi ada beberapa faktor lagi yang menyebabkan ia menjadi tumpuan pengunjung. Starbuck merupakan rangkaian kedai kopi yang terbesar di dunia, mencecah jualan $7.8 billion dalam tahun 2006, dengan 40 juta pelanggan dan memiliki lebih 13,000 outlet di seluruh dunia. Ada beberapa faktor lain yang menyebabkan Starbucks sangat menjadi tumpuan pelanggannya:-

1 ) Menawarkan produk yang disukai pelanggan - Starbucks telah membuktikan bahawa pembeli menyukai minuman manis. Kopinya dihidangkan dengan coklat , kekacang dan krim seperti Toffee Nut Latte atau Caramel Macchiato. Ia juga membuktikan pengunjung menyukai "pencuci mulut" yang diletakkan bersama kopi.

2) Konsisten - Pelanggan tahu ke mana mereka pergi samada di New York, Malaysia atau Tokyo, rasa kopi tetap sama. Kualitinya sama walaupun mereka berada di kawasan berlainan.

3) Memahami nilai ekonomi perniagaan - Starbucks tidak mahu hanya menjual kopi, harganya terlalu murah tetapi ia menawarkan kopi yang enak, lemak dan manis ,yang memberi pulangan lumayan.

4) Berfikir di luar kotak - Starbucks bukan hanya menjual kopi tetapi ia menjadi satu tempat yang mana para pengunjung boleh membeli CD atau merakam lagu-lagu kegemaran. Ia juga menawarkan perkhidmatan internet dan berharap pengunjung duduk lebih lama di outlet mereka. Makin banyak kopi yang dapat dijual!

Oleh kerana produk yang dijual menepati citarasa pengunjung, Starbucks dapat mengekalkan kegemilangan jenamanya. Suasana outlet yang selesa menyebabkan ramai yang suka berehat di situ atau mengadakan perjumpaan singkat.